Tuesday, July 17

Kentalkah Diri Berdepan Dengan Orang Baru

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah bersyukur allah masih beri peluang bernafas lagi dan lagi . Dah lama tak meluah , in shaa allah kali ni nak buat sedikit perkongsian sebab terbaca status whatsapp kawan . Tentang niqab semasa belajar , macam mana situasi nak hadapi . Kuatkah diri kita nak lalui tanpa niqab . Allahu Allah .

Alhamdulillah ramadhan sudah lama berlalu dan berlalu juga hari aku pakai niqab , setahun lebih dah . Bersyukur sangat . Kalau official fully berniqab 1 ramadhan 2017 , start berniqab 25 Mac 2017 . Mula-mula pakai memang tak kuat sebab ramai orang judge tapi mama abah dan mak je yang tak komen apa-apa pasal aku pakai niqab .
Selepas beberapa minggu baru mama dan mak macam berbunyi sebab perangai tak kurang berubah . Tapi perlahan-lahan tabiat dan perangai itu beransur pergi kecuali ada hari hari dia. Hehehehe , kadangkala kecundang perangai tak berapa baik juga .
Lama aku mengelak daripada orang-orang . Segan , aku sendiri tiada jawapan aku segan sebab pakai niqab . Lama kelamaan aku positif dan bersangka baik selepas aku menghadapi dengan manusia manusia yang aku elak .

Tidak kurang juga ada yang beri pandangan serong terhadap aku sebab aku pakai ikut orang , sebab fesyen , sebab peredaran kemajuan hari ni . Tidak . Pada awal awal masa bulan Mac tu aku pakai buka sebab niat aku tak baik , niat aku jauh terpesong , tak on point niat . Tapi alhamdulillah lastday before 1 ramadhan aku pasang niat betul betul dan niat aku teguh . Aku pakai kerana Allah . Aku juga kena akur dengan undang-undang yang ditetapkan . Ada tempat aku kena buka dan ada tempat aku tidak perlu buka .

Soalan yang kerap orang tanya ? . Tiada cuma beberapa orang yang tidak biasa mereka nak tahu siapa aku disebalik kain hitam itu , kenapa aku pakai , atas niat apa . Nak nampak cantik ? Lawa sangatkah aku . Waallahi , aku cukup teguh pegang pendirian aku bahawa aku sahaja tahu kenapa , cuma beberapa perkara berkaitan juga aku perlu hebahkan agar orang tidak bersangka buruk .  Allahuakbar . Sampai aku penat nak cerita kenapa aku pakai , kenapa aku nak pakai . Ya allah bagi aku itu soalan yang boleh buat aku ragu-ragu , hingga aku rasa niqab menyusahkan . Nampak impak bila orang bertanya , cepat cepat aku istighfar dan mohon allah teguhkan hati dan iman , tabah dan kuat , ingat pesanan yang pernah dilontarkan , " Hari ini panas membahang , ingat hari depan ada pelangi untuk kita " .

Sesuatu yang agak susah untuk kita bawa dan berikan . Apabila aku memakai aku perlu membawa diri aku juga hingga satu saat aku rasa sangat lemah . Lemah untuk berdepan , lemah untuk istiqomah . Takut , takut untuk bawa diri keluar dengan sesuatu yang kita perlu menerima pandangan , teguran , nasihat , persoalan itu ini terhadap kita . Kadangkala untuk berkata-kata juga aku takut . Malahan saat aku terpaksa buka niqab dan bawa diri itu lebih takut .

Buat ingatan semua , pelbagai perkara menjadikan diri ini tabah atau tidak . Istiqomah dalam melakukan sesuatu itu juga banyak ujian yang perlu diri ini lalui . Semoga terus tabah dan mampu lalui . Ingat manusia tidak sempurna dan akan melakukan kesilapan .
Ambil sesuatu yang berlaku dengan hikmah . Semoga perjalanan baru ini juga mendidik diri dunia sebenar manusia di sekeliling .

No comments: