ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah bersyukur allah masih beri peluang bernafas lagi dan lagi . Dah lama tak meluah , in shaa allah kali ni nak buat sedikit perkongsian sebab terbaca status whatsapp kawan . Tentang niqab semasa belajar , macam mana situasi nak hadapi . Kuatkah diri kita nak lalui tanpa niqab . Allahu Allah .
Alhamdulillah ramadhan sudah lama berlalu dan berlalu juga hari aku pakai niqab , setahun lebih dah . Bersyukur sangat . Kalau official fully berniqab 1 ramadhan 2017 , start berniqab 25 Mac 2017 . Mula-mula pakai memang tak kuat sebab ramai orang judge tapi mama abah dan mak je yang tak komen apa-apa pasal aku pakai niqab .
Selepas beberapa minggu baru mama dan mak macam berbunyi sebab perangai tak kurang berubah . Tapi perlahan-lahan tabiat dan perangai itu beransur pergi kecuali ada hari hari dia. Hehehehe , kadangkala kecundang perangai tak berapa baik juga .
Lama aku mengelak daripada orang-orang . Segan , aku sendiri tiada jawapan aku segan sebab pakai niqab . Lama kelamaan aku positif dan bersangka baik selepas aku menghadapi dengan manusia manusia yang aku elak .
Tidak kurang juga ada yang beri pandangan serong terhadap aku sebab aku pakai ikut orang , sebab fesyen , sebab peredaran kemajuan hari ni . Tidak . Pada awal awal masa bulan Mac tu aku pakai buka sebab niat aku tak baik , niat aku jauh terpesong , tak on point niat . Tapi alhamdulillah lastday before 1 ramadhan aku pasang niat betul betul dan niat aku teguh . Aku pakai kerana Allah . Aku juga kena akur dengan undang-undang yang ditetapkan . Ada tempat aku kena buka dan ada tempat aku tidak perlu buka .
Soalan yang kerap orang tanya ? . Tiada cuma beberapa orang yang tidak biasa mereka nak tahu siapa aku disebalik kain hitam itu , kenapa aku pakai , atas niat apa . Nak nampak cantik ? Lawa sangatkah aku . Waallahi , aku cukup teguh pegang pendirian aku bahawa aku sahaja tahu kenapa , cuma beberapa perkara berkaitan juga aku perlu hebahkan agar orang tidak bersangka buruk . Allahuakbar . Sampai aku penat nak cerita kenapa aku pakai , kenapa aku nak pakai . Ya allah bagi aku itu soalan yang boleh buat aku ragu-ragu , hingga aku rasa niqab menyusahkan . Nampak impak bila orang bertanya , cepat cepat aku istighfar dan mohon allah teguhkan hati dan iman , tabah dan kuat , ingat pesanan yang pernah dilontarkan , " Hari ini panas membahang , ingat hari depan ada pelangi untuk kita " .
Sesuatu yang agak susah untuk kita bawa dan berikan . Apabila aku memakai aku perlu membawa diri aku juga hingga satu saat aku rasa sangat lemah . Lemah untuk berdepan , lemah untuk istiqomah . Takut , takut untuk bawa diri keluar dengan sesuatu yang kita perlu menerima pandangan , teguran , nasihat , persoalan itu ini terhadap kita . Kadangkala untuk berkata-kata juga aku takut . Malahan saat aku terpaksa buka niqab dan bawa diri itu lebih takut .
Buat ingatan semua , pelbagai perkara menjadikan diri ini tabah atau tidak . Istiqomah dalam melakukan sesuatu itu juga banyak ujian yang perlu diri ini lalui . Semoga terus tabah dan mampu lalui . Ingat manusia tidak sempurna dan akan melakukan kesilapan .
Ambil sesuatu yang berlaku dengan hikmah . Semoga perjalanan baru ini juga mendidik diri dunia sebenar manusia di sekeliling .
Tuesday, July 17
Wednesday, July 11
Pengajaran Biasa Tapi Cukup Mendalam , Kematangan Itu Membentuk Diri
Assalamualaikum wbt .
Permulaan hari yang baik , disangka terus baik . Subhanaallah . Khilaf aku sebagai manusia , yang tidak mungkin dapat dimaafkan sepanjang hidup . Wallahualam . Segalanya khilaf yang tidak mungkin dapat dimaafkan oleh manusia . Segala perbuatan dan amalan hanya sia-sia . Allahuakbar .
Teruknya jadi manusia . Tak layak rasanya berpijak dibumi Allah ini dengan dosa yang bergunung ini.
Tapi pencoretan aku ini umpama membuka pekung di dada . Tidak mengapa , asal jadi pengajaran buat semua yang pernah alami atau tidak . Kata-kata boleh menyakitkan , menggembirakan orang . Ada dua sebab dan kesan yang manusia boleh lihat dan terima . Cuma kita sebagai manusia penerimaan , mendengar dan menyoal .
Kesilapan yang aku buat , aku akui kesalahan itu dan aku mengaku segalanya . Tetapi aku juga perlu menerima cerita putar belit manusia hanya untuk meraih kemaafan dari orang .
Astaghfirrullahalazim , Allahuakbar .
Semoga allah beri aku kekuatan menghadapi segalanya . Andai benar aku salah dan segalanya keluar dari lidah aku . Aku terima kifarah dari Allah . Tidak sekarang mungkin satu hari nanti .
Ya manusia tidak mudah memaafkan kerana sakit dan pahit untuk menerima sesuatu yang mustahil untuk diri mereka , termasuk diri aku sendiri . " Jujurlah walau pahit akan kebenaran itu "
Tiada manusia sempurna di dunia ini , dan tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan dalam hidupnya .
Tahniah dan berjaya untuk Harith . Dah menghancurkan hati manusia bergelar kawan !!!!!
Ini yang aku kata aku buka pekung diri aku sendiri . Tapi demi kebaikan semua . Aku kongsikan . Payah ke aku menerima kemarahan orang yang aku telah buat dosa/silap . Payah . Kemarahan mereka , kesabaran mereka aku perlu hadap . Macam mana aku bertahan segalanya . Diam dan terima sahaja apa yang aku dapat daripada mereka .
Adakah sekarang aku mereka cerita untuk memperlihatkan aku baik atau aku ni memburukkan lagi cerita . Realiti sebenar , inilah untuk aku kemarahan dari orang . Lemah atau tidak aku perlu menerima kerana aku yang membuat silap . Ya aku yang buat silap !!!! Tahniah . Aku nak salahkan siapa . Tiada siapa , aku salahkan diri aku sendiri kerana aku yang membuat silap . Aku perlu menerima kerana ini lebih baik . Kebencian aku dapat , ya kebencian aku dapat tapi aku gembira sebab penjelasan yang aku terima benar apa yang aku rasa .
Belum cetek lagi iman aku yang letak segalanya salah terhadap aku . Ada yang menambah perisa dalam bicara untuk memburukkan diri aku . Tak apa asal orang lain baik-baik sahaja , gembira dan tenang tanpa merasa apa-apa . Aku bersyukur dan terima walau kebenaran itu pahit . Perkara baru yang aku belajar jangan menyusahkan orang , jangan minta pertolongan orang , jangan mengharapkan orang . Usaha dan buat segalanya sendiri .
Harith benarlah apabila kebenaran itu pahit , kemarahan dan kebencian orang kau perlu terima . Allahuakbar bukan senang nak terima sesuatu yang boleh menghancurkan hati dan jiwa kita .
Tiada orang yang sanggup . Malah manusia lain juga jika jujur mereka tidak sanggup untuk berdepan lagi . Terima kasih buat penyebar cerita hingga merosakkan segalanya . Ya baik datang dari Allah , yang buruk hadir dari diri aku ! .
Pesanan ikhlas buat semua , dalam bersahabar kau akan jumpa asam garam , buruk baik setiap orang . Tahniah buat diri sendiri sebab berjaya mencari kesalahan dan memalukan diri . Tepuk tangan semua*

Subscribe to:
Posts (Atom)