Monday, September 10

Ujian seorang anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Dah nak masuk awal muharram dah . Alhamdulillah , tak sangka juga lagi sebulan je nak habis semester 1 dekat kolej ni . Lepas tu cuti sebulan . Sepanjang belajar ni tak perlu cakap , pelbagai dugaan , rintangan dan ujian aku kena lalui sebagai anak , adik , pelajar . Macam mana dengan niqab aku . Ya aku kena buka waktu dalam kolej sebab tak buat surat kebenaran dan aku pun nak mudahkan urusan aku dengan orang waktu belajar . Nanti kata bukan wajib pun lepas tu budak madrasah ke . Alah weh .

Bukan malas or penat nak jawab tapi ada banyak lagi urusan nak kena buat bila tak layan or jawab kata sombong jadi memadai jaga apa yang penting . Itu pun masih ada kekurangan dia . Ada je orang tegur kesilapan dan semestinya bila buka purdah or niqab ni aku jadi lain dan aku pun tak suka dengan diri aku bila aku terlepas kata atau perbuatan itu sendiri .

Malah orang-orang yang tegur tu tipulah kata aku tak terasa , tapi aku ambil keputusan diam dan ubah selagi boleh . Ada masa aku tarbiah diri agar jadi lebih kuat dan lebih elok , supaya hati aku terus terjaga dan terpelihara . Kadangkala manusia kita tak boleh nak jaga dan begitu juga hati kita .
Banyak yang mengajar aku bila ada pelbagai dugaan yang hadir dan aku perlu lalui untuk aku berjaya.

Maaf tak dapat nak sambung story in shaa allah ada masa , aku kongsi lagi .

Tuesday, July 17

Kentalkah Diri Berdepan Dengan Orang Baru

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah bersyukur allah masih beri peluang bernafas lagi dan lagi . Dah lama tak meluah , in shaa allah kali ni nak buat sedikit perkongsian sebab terbaca status whatsapp kawan . Tentang niqab semasa belajar , macam mana situasi nak hadapi . Kuatkah diri kita nak lalui tanpa niqab . Allahu Allah .

Alhamdulillah ramadhan sudah lama berlalu dan berlalu juga hari aku pakai niqab , setahun lebih dah . Bersyukur sangat . Kalau official fully berniqab 1 ramadhan 2017 , start berniqab 25 Mac 2017 . Mula-mula pakai memang tak kuat sebab ramai orang judge tapi mama abah dan mak je yang tak komen apa-apa pasal aku pakai niqab .
Selepas beberapa minggu baru mama dan mak macam berbunyi sebab perangai tak kurang berubah . Tapi perlahan-lahan tabiat dan perangai itu beransur pergi kecuali ada hari hari dia. Hehehehe , kadangkala kecundang perangai tak berapa baik juga .
Lama aku mengelak daripada orang-orang . Segan , aku sendiri tiada jawapan aku segan sebab pakai niqab . Lama kelamaan aku positif dan bersangka baik selepas aku menghadapi dengan manusia manusia yang aku elak .

Tidak kurang juga ada yang beri pandangan serong terhadap aku sebab aku pakai ikut orang , sebab fesyen , sebab peredaran kemajuan hari ni . Tidak . Pada awal awal masa bulan Mac tu aku pakai buka sebab niat aku tak baik , niat aku jauh terpesong , tak on point niat . Tapi alhamdulillah lastday before 1 ramadhan aku pasang niat betul betul dan niat aku teguh . Aku pakai kerana Allah . Aku juga kena akur dengan undang-undang yang ditetapkan . Ada tempat aku kena buka dan ada tempat aku tidak perlu buka .

Soalan yang kerap orang tanya ? . Tiada cuma beberapa orang yang tidak biasa mereka nak tahu siapa aku disebalik kain hitam itu , kenapa aku pakai , atas niat apa . Nak nampak cantik ? Lawa sangatkah aku . Waallahi , aku cukup teguh pegang pendirian aku bahawa aku sahaja tahu kenapa , cuma beberapa perkara berkaitan juga aku perlu hebahkan agar orang tidak bersangka buruk .  Allahuakbar . Sampai aku penat nak cerita kenapa aku pakai , kenapa aku nak pakai . Ya allah bagi aku itu soalan yang boleh buat aku ragu-ragu , hingga aku rasa niqab menyusahkan . Nampak impak bila orang bertanya , cepat cepat aku istighfar dan mohon allah teguhkan hati dan iman , tabah dan kuat , ingat pesanan yang pernah dilontarkan , " Hari ini panas membahang , ingat hari depan ada pelangi untuk kita " .

Sesuatu yang agak susah untuk kita bawa dan berikan . Apabila aku memakai aku perlu membawa diri aku juga hingga satu saat aku rasa sangat lemah . Lemah untuk berdepan , lemah untuk istiqomah . Takut , takut untuk bawa diri keluar dengan sesuatu yang kita perlu menerima pandangan , teguran , nasihat , persoalan itu ini terhadap kita . Kadangkala untuk berkata-kata juga aku takut . Malahan saat aku terpaksa buka niqab dan bawa diri itu lebih takut .

Buat ingatan semua , pelbagai perkara menjadikan diri ini tabah atau tidak . Istiqomah dalam melakukan sesuatu itu juga banyak ujian yang perlu diri ini lalui . Semoga terus tabah dan mampu lalui . Ingat manusia tidak sempurna dan akan melakukan kesilapan .
Ambil sesuatu yang berlaku dengan hikmah . Semoga perjalanan baru ini juga mendidik diri dunia sebenar manusia di sekeliling .

Wednesday, July 11

Pengajaran Biasa Tapi Cukup Mendalam , Kematangan Itu Membentuk Diri

Assalamualaikum wbt .

Permulaan hari yang baik , disangka terus baik . Subhanaallah . Khilaf aku sebagai manusia , yang tidak mungkin dapat dimaafkan sepanjang hidup . Wallahualam . Segalanya khilaf yang tidak mungkin dapat dimaafkan oleh manusia . Segala perbuatan dan amalan hanya sia-sia . Allahuakbar .
Teruknya jadi manusia . Tak layak rasanya berpijak dibumi Allah ini dengan dosa yang bergunung ini.

Tapi pencoretan aku ini umpama membuka pekung di dada . Tidak mengapa , asal jadi pengajaran buat semua yang pernah alami atau tidak . Kata-kata boleh menyakitkan , menggembirakan orang . Ada dua sebab dan kesan yang manusia boleh lihat dan terima . Cuma kita sebagai manusia penerimaan , mendengar dan menyoal .
Kesilapan yang aku buat , aku akui kesalahan itu dan aku mengaku segalanya . Tetapi aku juga perlu menerima cerita putar belit manusia hanya untuk meraih kemaafan dari orang .
Astaghfirrullahalazim , Allahuakbar .

Semoga allah beri aku kekuatan menghadapi segalanya . Andai benar aku salah dan segalanya keluar dari lidah aku . Aku terima kifarah dari Allah . Tidak sekarang mungkin satu hari nanti .
Ya manusia tidak mudah memaafkan kerana sakit dan pahit untuk menerima sesuatu yang mustahil untuk diri mereka , termasuk diri aku sendiri . " Jujurlah walau pahit akan kebenaran itu "
Tiada manusia sempurna di dunia ini , dan tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan dalam hidupnya .

Tahniah dan berjaya untuk Harith . Dah menghancurkan hati manusia bergelar kawan !!!!!
Ini yang aku kata aku buka pekung diri aku sendiri . Tapi demi kebaikan semua . Aku kongsikan . Payah ke aku menerima kemarahan orang yang aku telah buat dosa/silap . Payah . Kemarahan mereka , kesabaran mereka aku perlu hadap . Macam mana aku bertahan segalanya . Diam dan terima sahaja apa yang aku dapat daripada mereka .

Adakah sekarang aku mereka cerita untuk memperlihatkan aku baik atau aku ni memburukkan lagi cerita  . Realiti sebenar , inilah untuk aku kemarahan dari orang . Lemah atau tidak aku perlu menerima kerana aku yang membuat silap . Ya aku yang buat silap !!!! Tahniah . Aku nak salahkan siapa . Tiada siapa ,  aku salahkan diri aku sendiri kerana aku yang membuat silap . Aku perlu menerima kerana ini lebih baik . Kebencian aku dapat , ya kebencian aku dapat tapi aku gembira sebab penjelasan yang aku terima benar apa yang aku rasa .

Belum cetek lagi iman aku yang letak segalanya salah terhadap aku . Ada yang menambah perisa dalam bicara untuk memburukkan diri aku . Tak apa asal orang lain baik-baik sahaja , gembira dan tenang tanpa merasa apa-apa . Aku bersyukur dan terima walau kebenaran itu pahit . Perkara baru yang aku belajar jangan menyusahkan orang , jangan minta pertolongan orang , jangan mengharapkan orang . Usaha dan buat segalanya sendiri .

Harith benarlah apabila kebenaran itu pahit , kemarahan dan kebencian orang kau perlu terima . Allahuakbar bukan senang nak terima sesuatu yang boleh menghancurkan hati dan jiwa kita .
Tiada orang yang sanggup . Malah manusia lain juga jika jujur mereka tidak sanggup untuk berdepan lagi . Terima kasih buat penyebar cerita hingga merosakkan segalanya . Ya baik datang dari Allah , yang buruk hadir dari diri aku ! .

Pesanan ikhlas buat semua , dalam bersahabar kau akan jumpa asam garam , buruk baik setiap orang . Tahniah buat diri sendiri sebab berjaya mencari kesalahan dan memalukan diri . Tepuk tangan semua*