Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Dah nak masuk awal muharram dah . Alhamdulillah , tak sangka juga lagi sebulan je nak habis semester 1 dekat kolej ni . Lepas tu cuti sebulan . Sepanjang belajar ni tak perlu cakap , pelbagai dugaan , rintangan dan ujian aku kena lalui sebagai anak , adik , pelajar . Macam mana dengan niqab aku . Ya aku kena buka waktu dalam kolej sebab tak buat surat kebenaran dan aku pun nak mudahkan urusan aku dengan orang waktu belajar . Nanti kata bukan wajib pun lepas tu budak madrasah ke . Alah weh .
Bukan malas or penat nak jawab tapi ada banyak lagi urusan nak kena buat bila tak layan or jawab kata sombong jadi memadai jaga apa yang penting . Itu pun masih ada kekurangan dia . Ada je orang tegur kesilapan dan semestinya bila buka purdah or niqab ni aku jadi lain dan aku pun tak suka dengan diri aku bila aku terlepas kata atau perbuatan itu sendiri .
Malah orang-orang yang tegur tu tipulah kata aku tak terasa , tapi aku ambil keputusan diam dan ubah selagi boleh . Ada masa aku tarbiah diri agar jadi lebih kuat dan lebih elok , supaya hati aku terus terjaga dan terpelihara . Kadangkala manusia kita tak boleh nak jaga dan begitu juga hati kita .
Banyak yang mengajar aku bila ada pelbagai dugaan yang hadir dan aku perlu lalui untuk aku berjaya.
Maaf tak dapat nak sambung story in shaa allah ada masa , aku kongsi lagi .